Malaysia News Online

Sunday, February 19, 2012

"Isu Israel"

"Isu Israel" 

 PAS dan negara haram Israel

Bagi umat Islam sudah menjadi perkara wajib membebaskan Palestin sepenuhnya dan membela saudara mereka yang dizalimi, sehingga menjadi fardu ain kepada penduduk tempatan dan yang berjiran dan wajib mengikut kedudukan masing-masing di tempat yang jauh. Haram menerima kewujudan negara haram. Maka PAS yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian wujud dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak. Baca www.pas.org.my

Israel: Anwar tarik balik kenyataan atau saman WSJ

Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.Baca www.pas.org.my

Mohamad Sabu dan kenyataan Anwar: Isu Israel

Terpulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada mahu memohon maaf dan menarik balik sokongannya terhadap Israel meskipun Majlis Syura memutuskan beliau harus berbuat sedemikian, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Justeru kata beliau, pendirian Ketua Pembangkang itu tidak akan menjejaskan kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).
Mohamad menambah, apa yang diperkatakan oleh Anwar kepada Wall Street Journal (WSJ) adalah pandangan peribadi dan dasar partinya, dan oleh itu, terpulang kepada beliau untuk memohon maaf atau sebaliknya.
"Pas tidak mempunyai halangan, terpulang kepada Anwar sendiri, persamaan dasar yang ada dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menuju ke Putrajaya, sekiranya ada parti ddalam PR mempunyai dasar lain, ia akan diperbincangkan kemudian.Baca www.sinarharian.com.my


Petikan "Isu Israel: Anwar tersepit?" dari pandangan Penganalisis

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Anwar itu satu tindakan yang tidak betul .Nik Abdul Aziz berkata, Anwar perlu menarik balik atau menyaman Wall Street Journal jika kenyataan yang disiarkan bulan lalu tidak benar.

1. Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya berpendapat, kenyataan Anwar berhubung sokongan terhadap usaha menjaga keselamatan Israel merupakan pandangan peribadi dan tiada kaitan dengan pakatan itu. "Setiap parti ada sikap dan pandangan masing-masing. Dari kenyataan Anwar, beliau menyokong pembebasan Palestin, tetapi pada masa sama kemusnahan dan ancaman terhadap Israel perlu dijaga. Ucapannya lebih kepada bersifat menjaga hak-hak kemanusiaan," katanya.

"Maka, walaupun Malaysia sokong pembebasan Palestin, tetapi dengan tidak hantar tentera untuk berperang dan membinasakan Israel, maka ia sama sahaja dengan kenyataan Anwar itu," jelasnya.

2. Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian pula berkata, dalam parti, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa.

Bagaimanapun, jelasnya, kenyataan yang dibuat Anwar merupakan isu sensitif dan tindakan tegas perlu diambil.Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan ini menambah, jika tidak menangani isu ini dengan segera, ia akan memberi gambaran bahawa Pas 'bersama' dengan kenyataan Anwar walaupun parti yang memperjuangkan Islam itu tidak bersetuju dengan pandangan daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

"Anwar perlu perbetulkan (kenyataan). Jika benar kenyataan itu dibuat, dia mesti akui dan menarik balik. Tetapi mampukah Anwar nak buat demikian pada media antarabangsa?," soalnya.

3. Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata, kenyataan Anwar menyokong usaha untuk menjaga keselamatan Israel merupakan satu helah.

Jelasnya, helah itu bertujuan mengaburi mata orang ramai bahawa beliau sememangnya menyokong Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

"Anwar sebenarnya terperangkap dalam hubungan dengan AS dan Israel yang selama ini kita memang tahu hubungan dia cukup baik dan juga terperangkap dengan parti dan orang Islam di Malaysia.

"Jadi untuk elak dia dibenci di sini, maka dia keluarkan kenyataan seperti itu. Kenyataan itu merupakan satu tipu helah yang mana menjelaskan pendiriannya yang kelihatan berkonflik," katanya.
baca www.sinarharian.com.my

No comments: